Thursday 14 August 2014

Tips Sembunyikan Rasa Cecair Minyak Ikan untuk Kanak-kanak



Semua sedia maklum minyak ikan adalah sumber penting yang mengandungi asid lemak Omega 3 (Omega-3 fatty acids). Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan diet harian setiap individu terutamanya kanak-kanak masih kekurangan asid lemak Omega 3.
Rata-rata maklumbalas yang diberi oleh kaum ibu adalah anak-anak mereka kurang gemar minyak ikan disebabkan rasa & bau yang kurang enak. Walaupun didatangkan di dalam kapsul gel yang lembut yang membantu menyembunyikan rasa minyak ikan tersebut, tetapi sesetengah kanak-kanak yang masih terlalu kecil (seperti 1 tahun) tidak mampu mengambil kapsul minyak ikan tanpa tercekik atau mengalami kesukaran untuk menelan kapsul tersebut. Ibu2 terpaksa memberi kepada anak2 dalam bentuk cecair dengan memicit kapsul minyak ikan tersebut. Sudah tentu la mereka akan menolak mentah-mentah disebabkan bau & rasa minyak ikan yg kuat & kurang enak. Saya tidak pasti minyak ikan yang lain, tetapi minyak ikan OMEGA GUARD SHAKLEE didatangkan di dalam kapsul lembut yg mudah ditelan atau dikunyah.
Saya mula memberi minyak ikan iaitu OMEGA GUARD SHAKLEE kepada anak saya seusia 1 tahun 3 bulan. Sehingga kini dia tidak mempunyai masalah bila saya campurkan minyak ikan tersebut di dalam susu ataupun makanannya. Di sini saya senaraikan beberapa tips atau cara yang boleh membantu menyembunyikan rasa minyak ikan dari pengetahuan anak-anak anda:-

Tips 1 : 
Simpan kapsul minyak ikan Omega Guard Shaklee di dalam peti sejuk kerana rasa & baunya tidak kuat apabila ianya sejuk.

Tips 2 :
Picitkan kapsul minyak ikan Omega Guard Shaklee ke dalam sandwich mentega kacang (peanut butter). Sama ada titiskan ke atas roti sebelum sapukan mentega kacang atau campurkan sedikit ke dalam mentega kacang. Pastikan anak anda makan roti tersebut sampai habis untuk memastikan mereka mendapat dos minyak ikan secukupnya.
Mentega kacang sendiri mempunyai rasa & bau yang kuat & mixed well with oil. Insyaallah, anak anda tidak akan perasan atau rasa minyak ikan tersebut.
picture : google

Tips 3 : 
Campurkan minyak ikan Omega Guard Shaklee ke dalam makanan kegemaran anak anda. Contoh, saya selalu campur minyak ikan di dalam sup atau bubur nasi anak saya semasa dihidangkan. Pastikan setiap hidangan tidak terlalu banyak sehingga menyebabkan anak anda tidak dapat menghabiskan makanan mereka & tidak mendapat dos minyak ikan yang secukupnya.



Tips 4 : 
Campurkan minyak ikan Omega Guard Shaklee ke dalam minuman kegemaran anak anda seperti susu, coklat & fruit juice (apple, orange or grape juice work well). Sejujurnya, kebanyakkan kanak-kanak masih dapat merasai minyak ikan jika dicampur ke dalam minuman mereka. So just try & see. So far, anak saya tidak menolak minumamnya jika saya campurkan minyak ikan Omega Guard Shaklee ke dalam susunya.


Tips 5 : 
kalau rajin & untuk kelainan, boleh la buatkan “fruit smoothie” untuk anak anda. Selain campuran buah-buahan, saya juga campurkan MEALSHAKE & OMEGA GUARD SHAKLEE ke dalam campuran fruit smoothie. Rasa French Vanila MEALSHAKE yang sangat wangi bukan sahaja menaikkan selera anak2 malah selera ibu jugak.




Diharap tips-tips di atas dapat membantu ibu-ibu dalam memberi khasiat minyak ikan kepada anak-anak anda. Minyak ikan sangat penting dalam diet harian setiap individu terutamanya kanak-kanak, seawal bayi di dalam kandungan, ibu-ibu mengandung disarankan mengambil minyak ikan OMEGA GUARD SHAKLEE untuk membantu perkembangan otak bayi anda.

**Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 



Untuk sebarang pertanyaan & Konsultasi serta pembelian, sila hubungi :
Ala | 019-297 8508
Instagram : @alasalleh
Facebook : www.facebook.com\roziela.salleh


No comments:

Post a Comment